my dream

my dream

Friday, October 5, 2012

selamat hari lahir sahabat...


KEK UNTUK MEREKA... ak buat khas untuk sambut birthday mereka berdua.. tak seberapa... tapi
yang nie ja sempat buat...


 intan rosmira dan izzati (z)


just kek dan pizza..

Sunday, September 30, 2012

birthday..

disebabkan mata nie x mengantuk.... ak dengan senang hati mengupdate apa yang tertinggal sebelum ini... kaunselor ak pon ada bagi cadangangan jugak untuk ak rajin-rajinkan diri untuk blogging nie..

hal aku kali nie nak cerita pasal birthday... hari nie 1/10/12... birthday sapa hari nie... kalau dalam kotak simpanan memori ak.. yang ak ingat  buat masa nie x dak sapa-sapa la... hhuhuhuhu..




kalau tengok gambar diatas nie ak buat makan-makan sikit.. x salah aku 2 september.. kurang sehari genapnya aku 23 tahun... besar-besar pon nak sambut birthday.. hahahha.. bukan nak sambut.. saja ak buat makan- makan sikit sebelum ak masuk belajar.. 9/9 kan hari ak balik penang.. mulanya semester baru..ak ambik la kesempatan tu untuk buat makan-makan... alang-alang tu aku selitkan la dengan kek ala-ala sambut birthday... bukan apa.. nak bagi meriah sikit..

pizza nie ak buat sendiri..  kawan ak kata ak nie asyik-asyik buat pizza bertoppingkan sosej ja... bukan aku x mau buat topping lain... bahan mentah x dak.. ak main campak ja.. tu pon ada satu yang bernasib baik.. ak kasi topping serunding...selain aku buat pizza.. adik aku ada jugak beli dominos pizza...


Dia beli 4 pizza yang large.... dan percuma 1 pizza regular.. cuba bayangkan.. ak buat 4 keping dan adik ak beli 4+1... sama dengan 9 biji... ak ingat x abis .. tengok-tengok lincin.. alhamdulillah...selain pizza aku buat jugak nasi arab dan ayam special... resepi ak sendiri...

nie la ayam yang aku jamu dengan nasi arab.. ingatkan x abis... sama lincin dengan pizza yang ada tu...

kek....nasi arab, nasi ayam.. kesukaan adik2 ak...



nasi arab dan ayam masak serai( rasa  macam nak masak siam sikit)... masak untuk jamu adik2 makan kalau ak sempat balik umah hujung minggu.. kalau depa teringgin nak makan, mesti suh ak masak punya.. janji depa kna rajin beli barang untuk masak.. selalunya... depa akan suruh masak nasi ayam la... depa kata sedap.. apapon puas hati.. janji  depa tolong habiskan makan.




 KEK



selepas raya banyak banyak barang-barang kuih raya yang tinggal... dengan dekat nak masuk belajar balik.. ak gagahkan jua untuk perabis barang-barang yang tinggal untuk buat kek nie...


CHOCOLATE INDULGENCE


Percubaan yang pertama.. alhamdulillah.. menjadi la jugak rasa dia.. nanti nak buat lagi...


nie kek yang ketiga ak buat dalam masa sehari... tudia.. kalau nk buat tu.. memang nak habiskan semua yang ada.. nanti bila x dak mood.. memamg x rajin la jawabnya...

Saturday, September 29, 2012

hatiku yang sedih





assalamualaikum.... sudah lama ak tak berkunjung di blog sendiri setelah banyak hal yang berlaku tanpa diduga... hampir tiga bulan pemergian ibu tercinta ku... semoga ibuku ditempatkan di kalangan orang beriman.. amin... insyaallah kami sentiasa akan berdoa untuk mu wahai ibu .. kami harta bagi mu setelah engkau tiada.. kami sayang dan terlampau merindui mu..kami sudah tiada tempat untuk menagih kasih, sudah tiada tempat untuk mengadu, kami sudah tidak sempat untuk membalas jasa mu sepanjang engkau menjaga dan mendidik kami.. kami hanya mampu berdoa untuk mu.. ak tahu betapa beratnya tanggunjawab ibu ku sepanjang membesarkan kami setelah ketiadaan bapaku..aku masih sedih sebab tak mampu dan tidak sempat membalas jasa ibuku.. ak terlalu sedih kerana ak melihat dia pergi di sebelah ku.. bertapa terseksanya aku melihat ibu sakit.. betapa takot dan resah melihat ibuku tidak mampu bercakap.. hanya Allah yang tahu begitu pilu hati aku melihat semua ini.. sekarang tinggal kami tiga beradik.. ak sebagai anak sulong terasa betapa beratnya untuk menerima semua nie..ak masih dalam keadaan terawang awang.. masih tak dapat meimbangi emosiku dengan stabil.. ak masih x dapat menerima semua ini.. mungkin bila orang melihat aku diluar.. semuanya nampak biasa, gembira seperti orang biasa.. tetapi didalam hati, fikiran jauh apa yang dipamerkan oleh riak wajah ku... walaupon sahabat-sahabat ak paham apa yang ditimpa ak, tapi mereka tidak paham apa yang aku rasa sebetul-betulnya. Hanya Allah yang tahu segala yang tersirat dan tersurat dihati ak nie.. hari demi hari semakin sedih apa yang dirasa dihati.. semangat ak semakin luntur.. ak semakin lemah dan tidak bersemangat untuk memikirkan hal lain.. sekarang sudah tiga minggu aku mula kuliah.. aku masih tidak bersemangat untuk ke kuliah... aku sedih dengan diri ku.. kenapa ak jadi begini.. dimana kekuatan ku untuk belajar.. aku tidak ada semangat.. fikiran ku masih melayang layang.. tiada sapa yang tahu isi hati ku.. tiada sapa mengerti aku rasa sperti ini.. mungkin perkataan sabar selalu ak dengar dari sahabat-sahabat aku untuk menempuhi semua ini.. ak terlalu benci dan lali untuk dengar semua itu.. mungkin pada Allah saja aku mampu ceritakan segalanya walaupon tanpa ak berbicara.. walaubagaimanapon aku memerlukan sokongan dan semangat untuk aku teruskan hidup hari demi hari..

Ya Allah, pada Engkau ak meminta dan memohon.. Engkau kuatkan hati hamba mu ini ya Allah.. hanya Engkau mengerti apa yang aku rasa.. Pada Engkau lah tempat untuk ak mengadu.. Ya Allah, kau Tabahkan hati ku ini untuk terima segala ujian yang Engkau berikan kepadaku, kerana Engkau tahu aku mampu menerimanya. Amin..

Minggu pertama di usm.. keadaan masih samar-samar lagi bagi ku.. aku ambik altenatif  lain untuk menguatkan semangat aku supaya aku tidak sedih, lemah dan sunyi lagi.. aku mahukan sokongan dan semangat.. Kaunseling.. itu adalah penting untuk ak.. ada orang perkenalkan pada aku seorang kaunselor yang bagus untuk aku..  minggu pertama aku telah berjumpa dengannya.. sehari sebelum ak pergi, banyak persoalan diminda bermain dikepala ku.. soalan apa yang akan ditanya.. apa yang aku akan ceritakan dan luahkan.. bolehkan aku luahkan apa yang akan ditanya nanti.. semua persoalan itu berlegar dimindaku sebelum aku tidor.. keesokan ak berjumpa dengannya.. sesi itu berjalan tanpa aku sedar, apa yang aku luahkan.. yang pasti tangisan aku bergema selama satu jam aku berada disitu.. setiap pertanyaannya dijawab dengan tangisan air mata ku.. setelah habis sesi tu baru aku sedar aku tidak ingat apa yang aku bincang dengannya.. seolah-olah benda itu hilang seiring air mata ak berhenti.. pertemuan pertama dengannya seolah-olah masih samar bagi ku... walaubagaimanapon ak lega kerana ak dapat melepaskan sedikit apa yang aku tanggung difikiran dan dihati ku... sesi kaunseling ak akn berjalan mengikut jadual yang aku tetapkan.. sehingga ada peningkatan terhadap diri ku..

sokongan dari sahabat-sahabat sangat penting untukku.. kerana aku anggap sahabat itu bernilai dalam diri ak..




Saturday, May 12, 2012

apa yang ku rasa



assalamualaikum...  salam kasih dan sayang buat sahabat-sahabat aku.. 

kali  nie tidak aku sangka benda yang kita tidak diingini dalam tempoh persahabatan kita berlaku jua. tidak aku sangka persahabatan kita selama nie boleh dilanda badai dengan keadaan yang tidak dijangka. di sini aku sedar    ini adalah ujian untuk kita samada hubungan kita ini masih akn terus kukuh ataupun  terlerai begitu sahaja..

bila aku kenang.. sebenarnya persahabatan kita selama ini adalah indah kerana kejayaan kita mengharungi segala ujian dalam persahabatan kita.. indah disebabkan kita makin mengenali antara satu sama lain, indah kerana kekurangan kita ditutupi dengan kelebihan kita antara satu sama lain, indah kerana kita berkongsi suka dan duka dan begitu indah kerana kita tolong nenolong dan saling nasihat menasihati.

Bila kejadian ini terjadi, pertama yang keluar dari mulutku apa salahku sehingga aku sedih begini.. aku sedar air mata yang mengalir tanda kesan yang ditinggalkan oleh kau amat mendalam untuk aku.. mungkin ini kesilapan aku, kesalahan aku kerana aku terlalu rapat dengan kau sahabat.. bagi aku persahabat amat penting dalam kitaran kehidupan aku.. aku letakkan kepercayaan aku sepenuhnya dengan mengharapkan kau juga begitu, aku letakkan kasih sayangku sepenuhnya kerana aku percaya kau sahabatku.. kadang-kadang aku terpikir adakah setiap kali jatuh air matu ku itu kerana jiwaku yang terlalu sensetif.. aku sedar jika aku terguris hati dalam tempoh persahabatan kita ini kerana Dia ingin memberi peringatan kepadaku. 

sabahat, aku sedar kau juga rasa seperti yang aku rasa. Beri aku masa untuk aku fikir sebaiknya  dengan menggunakan akal yang waras. Aku sedar diri aku juga ada kekurangan dan aku sedar mungkin ujian dalam hubungan kita ini untuk memberi peringatan kepada kita bahawa setiap ujian ada hikmah disebaliknnya. maka kita ambik pengajaran untuk merubahnya lagi kearah kebaikan.


Wednesday, February 15, 2012

Kek CokLaT tanpa TeluR.. with Percutian Salak DeNai





kek.. last minute kek nie dihasilkan buat sahabat-sahabat untuk di bawa ke salak denai chalet.. percutian dua hari satu malam..  



percutian yang boleh mghilangkan beban .. tapi fobia pada air masih ada.. selamat ada pelampung.. apapon gembira sebab dapat meluangkan cuti nie dengan kawan-kawan seperjuangan..

dayah, faizah, min, fana dan aku.

hanya lima orang yang terlibat

sedih jugak, yang lain tidak dapat join sekali kerana ada hal masing-masing..

buat zakiah, syah dan kak yana.. 

ada rezeki lagi kita p ramai-ramai..