assalamualaikum... salam kasih dan sayang buat sahabat-sahabat aku..
kali nie tidak aku sangka benda yang kita tidak diingini dalam tempoh persahabatan kita berlaku jua. tidak aku sangka persahabatan kita selama nie boleh dilanda badai dengan keadaan yang tidak dijangka. di sini aku sedar ini adalah ujian untuk kita samada hubungan kita ini masih akn terus kukuh ataupun terlerai begitu sahaja..
bila aku kenang.. sebenarnya persahabatan kita selama ini adalah indah kerana kejayaan kita mengharungi segala ujian dalam persahabatan kita.. indah disebabkan kita makin mengenali antara satu sama lain, indah kerana kekurangan kita ditutupi dengan kelebihan kita antara satu sama lain, indah kerana kita berkongsi suka dan duka dan begitu indah kerana kita tolong nenolong dan saling nasihat menasihati.
Bila kejadian ini terjadi, pertama yang keluar dari mulutku apa salahku sehingga aku sedih begini.. aku sedar air mata yang mengalir tanda kesan yang ditinggalkan oleh kau amat mendalam untuk aku.. mungkin ini kesilapan aku, kesalahan aku kerana aku terlalu rapat dengan kau sahabat.. bagi aku persahabat amat penting dalam kitaran kehidupan aku.. aku letakkan kepercayaan aku sepenuhnya dengan mengharapkan kau juga begitu, aku letakkan kasih sayangku sepenuhnya kerana aku percaya kau sahabatku.. kadang-kadang aku terpikir adakah setiap kali jatuh air matu ku itu kerana jiwaku yang terlalu sensetif.. aku sedar jika aku terguris hati dalam tempoh persahabatan kita ini kerana Dia ingin memberi peringatan kepadaku.
sabahat, aku sedar kau juga rasa seperti yang aku rasa. Beri aku masa untuk aku fikir sebaiknya dengan menggunakan akal yang waras. Aku sedar diri aku juga ada kekurangan dan aku sedar mungkin ujian dalam hubungan kita ini untuk memberi peringatan kepada kita bahawa setiap ujian ada hikmah disebaliknnya. maka kita ambik pengajaran untuk merubahnya lagi kearah kebaikan.