my dream

my dream

Sunday, September 30, 2012

birthday..

disebabkan mata nie x mengantuk.... ak dengan senang hati mengupdate apa yang tertinggal sebelum ini... kaunselor ak pon ada bagi cadangangan jugak untuk ak rajin-rajinkan diri untuk blogging nie..

hal aku kali nie nak cerita pasal birthday... hari nie 1/10/12... birthday sapa hari nie... kalau dalam kotak simpanan memori ak.. yang ak ingat  buat masa nie x dak sapa-sapa la... hhuhuhuhu..




kalau tengok gambar diatas nie ak buat makan-makan sikit.. x salah aku 2 september.. kurang sehari genapnya aku 23 tahun... besar-besar pon nak sambut birthday.. hahahha.. bukan nak sambut.. saja ak buat makan- makan sikit sebelum ak masuk belajar.. 9/9 kan hari ak balik penang.. mulanya semester baru..ak ambik la kesempatan tu untuk buat makan-makan... alang-alang tu aku selitkan la dengan kek ala-ala sambut birthday... bukan apa.. nak bagi meriah sikit..

pizza nie ak buat sendiri..  kawan ak kata ak nie asyik-asyik buat pizza bertoppingkan sosej ja... bukan aku x mau buat topping lain... bahan mentah x dak.. ak main campak ja.. tu pon ada satu yang bernasib baik.. ak kasi topping serunding...selain aku buat pizza.. adik aku ada jugak beli dominos pizza...


Dia beli 4 pizza yang large.... dan percuma 1 pizza regular.. cuba bayangkan.. ak buat 4 keping dan adik ak beli 4+1... sama dengan 9 biji... ak ingat x abis .. tengok-tengok lincin.. alhamdulillah...selain pizza aku buat jugak nasi arab dan ayam special... resepi ak sendiri...

nie la ayam yang aku jamu dengan nasi arab.. ingatkan x abis... sama lincin dengan pizza yang ada tu...

kek....nasi arab, nasi ayam.. kesukaan adik2 ak...



nasi arab dan ayam masak serai( rasa  macam nak masak siam sikit)... masak untuk jamu adik2 makan kalau ak sempat balik umah hujung minggu.. kalau depa teringgin nak makan, mesti suh ak masak punya.. janji depa kna rajin beli barang untuk masak.. selalunya... depa akan suruh masak nasi ayam la... depa kata sedap.. apapon puas hati.. janji  depa tolong habiskan makan.




 KEK



selepas raya banyak banyak barang-barang kuih raya yang tinggal... dengan dekat nak masuk belajar balik.. ak gagahkan jua untuk perabis barang-barang yang tinggal untuk buat kek nie...


CHOCOLATE INDULGENCE


Percubaan yang pertama.. alhamdulillah.. menjadi la jugak rasa dia.. nanti nak buat lagi...


nie kek yang ketiga ak buat dalam masa sehari... tudia.. kalau nk buat tu.. memang nak habiskan semua yang ada.. nanti bila x dak mood.. memamg x rajin la jawabnya...

Saturday, September 29, 2012

hatiku yang sedih





assalamualaikum.... sudah lama ak tak berkunjung di blog sendiri setelah banyak hal yang berlaku tanpa diduga... hampir tiga bulan pemergian ibu tercinta ku... semoga ibuku ditempatkan di kalangan orang beriman.. amin... insyaallah kami sentiasa akan berdoa untuk mu wahai ibu .. kami harta bagi mu setelah engkau tiada.. kami sayang dan terlampau merindui mu..kami sudah tiada tempat untuk menagih kasih, sudah tiada tempat untuk mengadu, kami sudah tidak sempat untuk membalas jasa mu sepanjang engkau menjaga dan mendidik kami.. kami hanya mampu berdoa untuk mu.. ak tahu betapa beratnya tanggunjawab ibu ku sepanjang membesarkan kami setelah ketiadaan bapaku..aku masih sedih sebab tak mampu dan tidak sempat membalas jasa ibuku.. ak terlalu sedih kerana ak melihat dia pergi di sebelah ku.. bertapa terseksanya aku melihat ibu sakit.. betapa takot dan resah melihat ibuku tidak mampu bercakap.. hanya Allah yang tahu begitu pilu hati aku melihat semua ini.. sekarang tinggal kami tiga beradik.. ak sebagai anak sulong terasa betapa beratnya untuk menerima semua nie..ak masih dalam keadaan terawang awang.. masih tak dapat meimbangi emosiku dengan stabil.. ak masih x dapat menerima semua ini.. mungkin bila orang melihat aku diluar.. semuanya nampak biasa, gembira seperti orang biasa.. tetapi didalam hati, fikiran jauh apa yang dipamerkan oleh riak wajah ku... walaupon sahabat-sahabat ak paham apa yang ditimpa ak, tapi mereka tidak paham apa yang aku rasa sebetul-betulnya. Hanya Allah yang tahu segala yang tersirat dan tersurat dihati ak nie.. hari demi hari semakin sedih apa yang dirasa dihati.. semangat ak semakin luntur.. ak semakin lemah dan tidak bersemangat untuk memikirkan hal lain.. sekarang sudah tiga minggu aku mula kuliah.. aku masih tidak bersemangat untuk ke kuliah... aku sedih dengan diri ku.. kenapa ak jadi begini.. dimana kekuatan ku untuk belajar.. aku tidak ada semangat.. fikiran ku masih melayang layang.. tiada sapa yang tahu isi hati ku.. tiada sapa mengerti aku rasa sperti ini.. mungkin perkataan sabar selalu ak dengar dari sahabat-sahabat aku untuk menempuhi semua ini.. ak terlalu benci dan lali untuk dengar semua itu.. mungkin pada Allah saja aku mampu ceritakan segalanya walaupon tanpa ak berbicara.. walaubagaimanapon aku memerlukan sokongan dan semangat untuk aku teruskan hidup hari demi hari..

Ya Allah, pada Engkau ak meminta dan memohon.. Engkau kuatkan hati hamba mu ini ya Allah.. hanya Engkau mengerti apa yang aku rasa.. Pada Engkau lah tempat untuk ak mengadu.. Ya Allah, kau Tabahkan hati ku ini untuk terima segala ujian yang Engkau berikan kepadaku, kerana Engkau tahu aku mampu menerimanya. Amin..

Minggu pertama di usm.. keadaan masih samar-samar lagi bagi ku.. aku ambik altenatif  lain untuk menguatkan semangat aku supaya aku tidak sedih, lemah dan sunyi lagi.. aku mahukan sokongan dan semangat.. Kaunseling.. itu adalah penting untuk ak.. ada orang perkenalkan pada aku seorang kaunselor yang bagus untuk aku..  minggu pertama aku telah berjumpa dengannya.. sehari sebelum ak pergi, banyak persoalan diminda bermain dikepala ku.. soalan apa yang akan ditanya.. apa yang aku akan ceritakan dan luahkan.. bolehkan aku luahkan apa yang akan ditanya nanti.. semua persoalan itu berlegar dimindaku sebelum aku tidor.. keesokan ak berjumpa dengannya.. sesi itu berjalan tanpa aku sedar, apa yang aku luahkan.. yang pasti tangisan aku bergema selama satu jam aku berada disitu.. setiap pertanyaannya dijawab dengan tangisan air mata ku.. setelah habis sesi tu baru aku sedar aku tidak ingat apa yang aku bincang dengannya.. seolah-olah benda itu hilang seiring air mata ak berhenti.. pertemuan pertama dengannya seolah-olah masih samar bagi ku... walaubagaimanapon ak lega kerana ak dapat melepaskan sedikit apa yang aku tanggung difikiran dan dihati ku... sesi kaunseling ak akn berjalan mengikut jadual yang aku tetapkan.. sehingga ada peningkatan terhadap diri ku..

sokongan dari sahabat-sahabat sangat penting untukku.. kerana aku anggap sahabat itu bernilai dalam diri ak..